cara2 menunaikan solat sunat =)

solat sunat hajat =)

Waktu mengerjakan Solat Sunat Hajat ini boleh siang atau malam,pagi atau petang

Lafaz niat :

Usolli Sunnatal Hajaati Rak'ataini Lilaahi Ta'ala, Allahu Akhbar

Sahaja aku solat sunat Hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala"
Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihahdan Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah dengan Surah Al -Ikhlas

Pada rakaat yang terakhir sebelum memberi salam, iaitu setelah Tahyat akhir , sujud kembali dengan bertakbir. Dan membaca:

c) Tasbih ini Baca 10 kali

"Tiada Tuhan selain Allah Maha Esa Dia tiada sekutu baginya. Kepunyaan nyalah segala kerajaan / kekuasaan dan bagi nyalah segala pujian. Dan dia atas segala sesuatu Maha Berkuasa"

d) Kemudian baca:

" Wahai Ya Allah bahawasanya aku memohon akan engkau dengan keteguhan ikatan daripada Arasy Engkau dan rahmat dari kitab/hukum engkau, dan dengan nama engkau yang terapung dan wajah engkau yang maha tinggi dan kalimat-kalimat engkau yang maha sempurna, bahawa engkau penuhilah hajatku "

Setelah membaca doa tersebut mintakan apa-apa hajat dengan bersungguh-sungguh,dengan penuh pengharapan. Permohonan pada Allah cukup di sebut dalam hati. Kemudian bangkit dari Sujud sambil bertakbir dan terus memberi salam.




solat sunat istikharah =)




solat sunat istikharah ialah solat untuk minta petunjuk dari Allah, yang mana pilihan yang tepat atau keputusan yang tepat untuk di ambil...tu lah jawapan kepada yang tak pasti...

Niat: usolli Sunnatal Istikharati Rak'ataini Lillahi Ta'ala.

rakaat pertama baca Al-fatihah kemudian baca surah al-Kafirun (Qul yaa aiyuhal kaa fi ruun...).
rakaat ke dua baca surah Al-Fatihah kemudian baca surah Al-Ikhlas (Qul huwallah hu ahad...).

Setelah selesai shalat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW: 

"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan.....) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).


LoveLoveLove

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...